Sunday 4 January 2009

lawatan ke jakarta Imdonesia

Lawatan ke Jakarta Indonesia..

Kami Persatuan Belia Sri Kijang Utama akan mengadakan Lawatan sambil belajar ke jakarta Indonesia selama 4 hari 3 Malam dengan Kerjasama pihak Pertubuhan Belia Jakarta.


Lawatan: Jakarta Indonesia
Tarikh : (jangkaan) Febuari 2009
Tempoh : 4 hari 3 malam
Hanya untuk 50 orang sahaja.
Penyertaan adalah terhad
Pakej ditawarkan : Penginapan Hotel, Lawatan ke tapak projek,lawatan sekitar jakarta.
Harga bagi ahli : Pakej ahli : RM 500.00 Bukan ahli : RM 1500.00 .harga adalah tertakluk kepada perubahan.
Melalui penerbangan Air Asia dari KB-KLIA-Jakarta-KLIA-@KB
Tarikh tutup : 10 hb Januari 2009
Kepada yang berminat sila hubungi En.Rodzi di talian: 019-3888472 untuk maklumat lanjut.

Sunday 23 November 2008

Berita/Pinjaman/Bantuan

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera kepada semua ahli - ahli persatuan Belia Sri Kijang Utama.

  1. Kepada para ahli yang ingin memhon pinjaman dari Skim Tabung Ekonomi Belia..hendaklah menghadiri kursus/program yang dianjurkan oleh Persatuan dengan kerjasama Jabatan Belia atau APBM.
  2. Borang pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia boleh didapati dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah atau Pejabat Belia dan Sukan Negeri atau intitusi kewangan yang menguruskan Skim tersebut, seperti Bank rakyat atau Bank pertanian.
  3. Persatuan ada menawarkan khidmat membuat kertas kerja kepada ahli - ahli, bagi memudahkan proses permohonan.
  4. Kertas kerja adalah dibawah kehendak ahli sendiri samada hendak berurusan dengan persatuan atau syarikat,atau perseorangan.
  5. Persatuan tidak memaksa ahli untuk mengupah mana -mana perseorangan atau syarikat untuk membuat kertas kerja.
  6. Segala permohonan yang dibuat , hendak lah melalui surat sokongan pengerusi.
KURSUS ASAS BAKERI

Persatuan belia Sri Kijang akan mengajurkan Kursus Asas Bakeri bertempat di komplek belia dan sukan negeri kelantan pada 22hb Januari 2009 dari jam 9 pagi - 4.30 petang.
Setiap ahli yang ingin menyertai kursus tersebut sila hubungi : 013-9449663 En Rodzi atau Puan Zuliana untuk membuat permohonan.

Kursus tersebut adalah percuma, cuma ahli digalakkan memberi sumbangan kepada tabung Persatuan Belia Sri Kijang sebanyak RM 30.00 bagi kursus tersebut.

Ahli juga boleh emailkan permohonan dengan menyertakan nama. alamat, no tel dan email bagi mendapatkan borang melalui online.

EMAIL : pbsku@yahoo.com